Polis Malaysia baru sahaja rayakan ulangtahun ke 203 dengan tema "TEGAS, ADIL dan BERHEMAH".
Perayaan kali ini disambut dalam suasana PDRM sedang "bergelut" untuk pulihkan imej mereka dikaca mata rakyat. Menteri KDN sendiri mengakui hakikat ini.
Imej PDRM era Musa terjejas dengan pelbagai isu. Lebih-lebih lagi ianya menyentuh batang tubuh Musa. Bermula dengan pembabian anak guru Tajwid ini dalam kes Anwar Ibrahim tahun 1999 lagi. Selepas "kejayaan"nya dalam ke "usung tilam", bintang Musa bertambah bersinar.
Umum melihat kenaikan mendadak Musa ke tangga IGP adalah atas dasar "kepandaiannya" memasukkan musuh Mahathir ke jeriji besi Sungai Buloh. Maka Mahathir menaikan pangkatnya.
Bayangkan Datuk Ramli Yusof yang lebih senior dan pernah Musa"berguru" dengannya selama 6 tahun sekadar orang ketiga dalam PDRM ketika Musa jadi IGP.
Rakyat melihat PDRM di era kepimpinan Musa lebih memihak kepada UMNO. Bukannya sebagai pihak tengah yang tidak bias kepada mana-mana parti politik.
Sikap polis dibawah Musa lebih-lebih lagi selepas PRU 12 amatlah memalukn. Lebih-lebih lagi dinegeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Polis seakan-akan sebagai "pengawal peribadi "ketika UMNO buat demostrasi dikhalayak umum manakala seperti " polis Israel" apabila Pakatan Rakyat membuat demostrasi aman.
IGP Musa juga dikaitkan dengan kongsi gelap BK Tan. Banyak akuan sumpah dibuat untuk mengaitkan nama IGP dengan kegiatan mafia.
Di hari-hari akhir beliau sebagai IGP, timbul tiga isu iaitu mengenai"surat letak jawatan", kuasa orang ketiga mengatasi kuasa IGP dan kesahihan sijil kelulusan IGP.
Sehari selepas timbul surat letak jawatan dan IGP dan Menteri KDN bermati-matian menafikannya, sekonyong-konyong keluar dari mulut Menteri KDN tentang pemulihan imej polis dan calon IGP baru.
Sehari dua selepas itu timbul pula kenyataan dari IGP Musa tentang kuasanya yang diambil alih oleh "pihak ketiga"(orang politik).Siapakah pihak ketiga itu?
Esoknya pula Menteri KDN buat kenyataan media menafikan beliau"bergaduh" dengan IGP Musa.
Diambang anggota PDRM buat persiapan terakhir sambutan Hari Polis ke 103, timbul pula isu kesahihan sijil IGP Musa. Ada mendakwa IGP Musa berbohong di mahkamah semasa perbicaraan kes Anwar dengan mendakwa ada ijazah.
Tetapi dalam perbicaraan terhadap "guru"nya sendiri, Datuk Ramli Yusof, Musa sebagai saksi penting mengatakan beliau sekadar pemegang diploma.
Sejarah kepolisan negara yang membabitkan IGP menyaksikan tiada IGP yang penuh kontroversi semasa memegang jawatannya sebelum IGP Musa.
Mantan IGP Rahim Nor hanya buat "onar" di saat pemecatan Anwar bukannya semasa mula pegang jawatan IGP. Manakala Hanif Omar terpalit dengan judi ketika menjadi mantan IGP.
Barangkali bulan September begitu lama buat IGPMusa menunggu melepaskan jawatannya.
Adakah selepas September ini ,tidur IGP Musa bakal didatangi mimpi indah? Atau masih didatangi Raja Petra, Anwar, maupun Ramli Yusuf ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan