"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bocor lagi!!

KUALA LUMPUR, 1 APR: Sesi jawapan Menteri terganggu seketika pada pukul 5.15 petang semalam selepas bumbung di tempat duduk Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye di dalam Dewan Rakyat bocor lagi.

Boon Chye kemudian bangun memberitahu Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar selepas menyedari air menitik di sebelah tempat duduk beliau akibat hujan lebat tengah hari semalam.

Kes yang sama pernah berlaku pada sidang yang lepas.

Masalah kebocoran yang melibatkan bumbung Dewan Rakyat yang berusia 46 tahun berlaku hampir setiap tahun.

Pada Mei 2008, bangunan Parlimen yang baru diubah suai dikesan mengalami enam kebocoran pada bahagian bumbungnya.

Masalah kebocoran bumbung Parlimen juga pernah berlaku pada April 2005, menyebabkan Sidang Dewan Rakyat ditangguh hingga Jun bagi membolehkan kerja-kerja membaiki kerosakan dijalankan.
-tvselangor-

Tiada ulasan: