"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar Disiasat, Umno Berkeras Pertahan Zionis

Umno dilihat tertekan dalam mempertahankan Zionis sehinggakan sanggup mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata tindakan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz itu bagaimanapun tidak mengejutkan ekoran ianya sudah dijangkakan dari awal lagi.

“Ini sekali lagi membuktikan bahawa Pemuda Umno dalam tertekan sanggup mengorbankan Datuk Seri Anwar Ibrahim, speaker telah mengarahkan Datuk Seri untuk memberi keterangan di dalam Parlimen.

“Walaupun saya telah membangkitkan, prosedur itu tidak kena. Kalau prosedur yang digunakan ialah 37 (1), ianya mesti dibangkitkan ketika ahli berkenaan sedang bercakap.”

Beliau berkata bagaimanapun perkara ini dibangkitkan setelah selesai Ketua Pembangkang memberi ucapan beberapa hari selepas itu.

Azmin berkata penjelasan Anwar yang mengaitkan kerajaan mempunyai hubungan dengan Apco Worldwide jelas terbukti dengan maklumat-maklumat yang didedahkan sendiri oleh ketua pembangkang itu.

“Ketua Pembangkang telah mengambil peluang ini untuk berikan keterangan, penjelasan dan bersandarkan kepada bukti-bukti yang cukup kuat dan kukuh.

“Termasuk beberapa perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan Umno dan kumpulan Zionis ini.”

Beliau berkata PR akan mempertahankan perkara ini sekali lagi dengan melampirkan bukti-bukti yang kukuh dan akan membongkarkan personaliti yang terlibat termasuk golongan perisik yang pernah berkhidmat di bawah rejim Israel.
-tvselangor-

Tiada ulasan: