"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hisham janji siasat dakwaan Norizan ditembak polis

Norizan Salleh hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien mendesak supaya tindakan diambil terhadap anggota polis yang didakwanya bertindak tidak mengikut undang-undang dengan menembak dan mengasarinya dalam satu kejadian dalam Oktober tahun lalu.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Hishammuddin di bangunan parlimen pada kira-kira jam 12.20 tengah hari.

NONENorizan, 29, (kanan) yang ditemani peguamnya N. Surendran, turut berpeluang bertemu dengan Hishammuddin selama kira-kira 10 minit untuk menceritakan keadaan yang dialaminya akibat kejadian tersebut.

Hishammuddin dalam kenyataan ringkas yang dibacakan oleh pegawainya, Datuk Markiman Kobiran berkata, beliau akan menyiasat dakwaan itu dan juga mendapatkan maklum balas daripada PDRM.

Dalam sidang media terdahulu, Norizan berkata beliau tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah sebelum ini dan tidak sepatutnya diperlakukan demikian oleh anggota polis berkenaan.

Katanya lagi, beliau terpaksa menanggung perbelanjaan rawatan berjumlah hampir RM18,000 akibat perlakuan tersebut.

Tambahnya, beliau sebelum ini telah membuat laporan polis dan juga membuat aduan kepada Biro Aduan MCA dan kepada Suhakam, namun setakat ini tiada tindakan dikenakan ke atas anggota polis berkenaan.

Peguamnya Surendran pula berkata, pihaknya akan menyaman PDRM atas tindakan itu, namun lebih penting lagi adalah untuk memastikan anggota polis berkenaan dikenakan tindakan setimpal.

Jelasnya, tindakan anggota polis berkenaan memberi imej yang buruk kepada PDRM.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: