"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zakat VS GST

Al-Bakistani
Maqasid kewajipan Zakat adalah mengambil harta orang kaya yang berlebihan, lalu diberikan kepada 8 asnaf, terutama kepada fakir miskin. Sabda NabiSAW; maksudnya;

"Sesungguhnya ALlah fardukan atas mereka sedekah pada harta mereka. (harta itu) diambil daripada orang-orang kaya mereka, dan diberikan kepada orang-orang miskin dari kalangan mereka" (Al-Bukhari : 1308)

Asnaf yang 8, wajib diberikan zakat. Adapun asnaf dari kalangan orang fakir dan miskin hendaklah didahulukan.Firman Allah;maksudnya;

"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"(Surah At-taubah : 60)

Adapun GST, mahu dilaksanakan untuk mengutip cukai dari rakyat secara melata; tidak kira mereka yang miskin, mahupun kaya. Rakyat yang kaya, tidak menjadi keberatan kepada mereka untuk menunaikan kewajipan cukai yang dikenakan, tetapi bagaimana pula keadaan si miskin?

Dari sini, sudah kelihatan kezaliman yang wujud dalam GST yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan. Lebih parah lagi, apabila GST mahu dilaksanakan, tetapi dalam masa yang sama, cukai import Buggy (kereta golf) dihapuskan cukai serta-merta oleh Kerajaan.

Dengan kata lain, Kerajaan sebenarnya hendak menjaga rakyat, atau mahu memberikan keistimewaan hidup kepada golongan yang kaya?

Tiada ulasan: