"Nak masuk ke negara ketiga, culik, seludup keluar macam pengganas? Tak mungkin..itu bukan cara kita di Malaysia. Jadi saya rasa tuduhan kepada PDRM itu tak adil," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein di lobi parlimen hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, semalam yang mendakwa kegagalan pihak polis mengambil sebarang tindakan terhadap Raja Petra menunjukkan mereka seolah-olah tidak serius menangani isu berkenaan.
"Agensi risikan telah berjumpa dengan rakan sejawatan mereka. Wisma Putra pun dah jumpa secara dua hala dan diplomasi dengan pihak United Kingdom. Tapi dalam tindakan sebegini memerlukan kerjasama kedua-dua pihak," katanya.
Hishammuddin berkata, setiap negara mempunyai dasar dan pendirian masing-masing dan Malaysia menghormati pendirian tersebut.
Namun, katanya, sekiranya pendirian dan dasar negara berkenaan tidak mengizinkan seseorang itu kembali atau membawa pulang mereka untuk berhadapan dengan tindakan dan keadilan, kita perlu melihat kepada pilihan lain yang ada.
Beliau dituduh memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor, semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi timbalan perdana menteri serta pegawai pengiring Rosmah ketika itu, Lt Kol Norhayati Hassan dan suaminya Lt Kol Abdul Aziz Buyong, dalam satu akuan bersumpah yang dibuat di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 10.25 pagi 18 Jun tahun lalu.
Ia juga ada kaitan dengan tulisannya 'Let's send the Altantuya murderers to hell' yang dimuatkan di blognya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan