Katanya, kumpulan itu mengelilingi kawasan berkenaan sebelum berhenti di hadapan gereja pada kira-kira jam 11.45 malam.
"Mereka pusing sekitar gereja dan berhenti beberapa kali di hadapan. Mereka kelihatan seperti Melayu dan berumur antara 25 tahun,” katanya.
Beliau kemudian terdengar cermin dipecahkan dan melihat api mula menjalar ke bangunan berkenaan.
Bagaimanapun jur
Keretanya terletak kira-kira 20 hingga 30 meter dari gereja itu pada waktu kejadian.
"Selepas dia orang lari baru saya beredar. Orang ramai dah datang (tengok tempat terbakar). Saya tidak buat aduan (polis) sebab di belakang saya ada orang pakai jaket dan topi keledar naik motor.
"Sebelum tu dia berpusing-pusing dekat dengan kereta saya. Saya tidak tahu dia orang ada pistol ke apa. Nanti dia tembak bila tengok saya telefon," katanya.
Katanya, beliau melihat antara tujuh hingga lapan orang berjalan kaki menuju ke gereja itu pada tengah malam itu.
“Mereka bukan menunggang motosikal tapi berjalan,” katanya tetapi tidak pasti sama ada mereka adalah rakyat Indonesia.
Beberapa mereka membawa kayu besbol yang digunakan untuk memecahkan cermin pintu depan, kata Yong kepada mahkamah.
"Saya nampak sekumpulan lelaki datang masuk gereja. Ada yang bawa kayu dan pecah cermin. Dua atau tiga orang lagi ada bawa dua tong dan bakar gereja," katanya ketika pemeriksaan utama sebagai saksi kelima oleh Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi.
Kata Yong kemeja T dan rambut seorang daripada lelaki berkenaan terbakar menyebabkan mangsa itu membuka bajunya dan mencampakkannya.
Seorang lagi saksi, pengawal keselamatan gereja itu, V Mariappan, 69, pula memberitahu bahawa beliau hanya terdengar bunyi seperti letupan bom dan ketika kejadian, beliau berada di tandas.
"Dalam jam 11.45 malam saya ke tandas dan ketika saya tutup pintu kantin (tandas berada dalam kantin gereja) saya dengar bunyi dan tengok ada orang sedang lari. Gereja telah terbakar. Lepas itu ramai orang datang dan ada tolong telefon bomba," katanya.
Ketiga-tiga saksi itu memberitahu mahkamah bahawa mereka tidak dapat mengecam semua lelaki yang berada di tempat kejadian kerana keadaan gelap malah ketika ditunjukkan ketiga-tiga tertuduh, mereka tidak dapat memastikannya.
M
Perbicaraan di hadapan Hakim SM Komathy Suppiah bersambung esok
Adik beradik, Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24, dan Raja Mohamad Idzham, 23, serta rakan mereka Azuwan Shah Ahmad, 23, dituduh bersama beberapa lagi yang masih bebas membakar gereja berkenaan di alamat No 28, Jalan 4/4C, Desa Melawati, pada jam 11.50 malam, 7 Januari tahun ini.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimun penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Serangan menggunakan bom api pada 8 Jan itu mengakibatkan bahagian bawah gereja tiga tingkat di Desa Melawati, Kuala Lumpur itu musnah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan