"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rafak sembah nyatakan bantahan

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan rakyat negeri merafak sembah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga air oleh Syabas.
Rakyat, teganya menentang penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan kepura-puraan pihak berkenaan dalam isu air.
“Dengan ini kami rakyat negeri Selangor berkumpul merakfak sembah kepada Duli Tuanku menyatakan bantahan,” ujarnya ketika berucap di perkarangan Masjid Negara, sebentar tadi.
Beliau bersama kepimpinan kerajaan negeri menunju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong.
Tambahnya, pihak terbabit hendaklah mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor.
Ini, katanya kerana lebih 150,000 telah menandatangani bantahan dari rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terhadap Syabas yang mahu menaikkan tarif air
-harakahdaily-

Tiada ulasan: