"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penyokong baju merah ditangkap

Dianggar sekitar 30 penyokong baju merah ditahan manakala yang lainnya 'berlindung' di dalam Masjid Negara apabila polis menyerbu untuk menyuraikan kira-kira 2,000 penyokong perhimpunan bantahan kenaikan harga air di Selangor.
Jumlah itu berdasarkan mereka dibawa naik dua trak polis yang masing-masing dianggarkan boleh memuatkan 15 orang.
Kira-kira 300 anggota polis membuat serbuan pada jam 2.45 petang tadi apabila mereka enggan bersurai selepas diarahkan berbuat demikian.

Mereka yang ditangkap itu tidak sempat melarikan diri manakala yang lainnya berebut masuk ke dalam ruang solat masjid untuk berlindung.

Penyokong baju merah yang berada di masjid itu terdiri daripada mereka yang berpatah balik ketika menyertai perarakan ke Istana Negara selepas pihak polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan merian air.
[Berita lanjut menyusul]
-malaysiakini-

Tiada ulasan: