Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 6 Dis: Kerajaan Pusat boleh meneruskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan syarat pemimpin sebuah parti yang memisahkan agama dengan Islam seharusnya perlu dikenakan akta tersebut.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sekiranya ISA perlu dipertahankan demi untuk menjaga keselamatan negara, mereka yang menentang perjuangan Islam juga perlu dihukum sama dengan akta itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung ISA perlu dipertahankan oleh kerajaan dan cadangan seorang peguam Umno supaya Datin Seri Azizah Ismail perlu dikenakan ISA kerana menafikan hak orang Melayu melalui partinya.
Menurut Tuan Guru lagi, tindakan pemimpin negara yang memisahkan Islam dengan politik lebih bahaya kerana ianya mengelirukan rakyat.
“Orang sebegini atau pemimpin yang sebegini sewajarnya ditahan di bawah ISA,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Menurutnya, dasar Islam yang perlu dipertahankan oleh pemimpin Islam dalam sesebuah agama perlu diterjemahkan dalam pentadbiran mereka sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran melalui 30 juzuk.
“Ianya bukan perlu dilaksanakan separuh-separuh sahaja dan meninggalkan sebahagiannya,” ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan