"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas Jurugambar Mengaku Salah Cabul Tiga Remaja Lelaki Di Rumah Perlindungan

SALWA SHA’ARI
KUALA LUMPUR: Seorang bekas jurugambar mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini Khamis, atas tuduhan mencabul tiga remaja lelaki berusia antara 14 dan 15 tahun di rumah perlindungan kanak-kanak.

Pengakuan Chen Yu, 53, direkodkan di hadapan Majistret Nor Azah Kasran yang kemudiannya memerintahkan supaya dia dihukum penjara selama sembilan bulan dan denda RM2,000 atau tiga bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Nor Azah juga memerintahkan supaya hukuman bermula daripada Khamis.

Chen didakwa melakukan kesalahan itu, termasuk mengadakan seks oral dengan salah seorang mangsa di ruang tamu rumah pelindungan kanak-kanak yang terletak di Jalan Klang Lama, di sini antara tengah malam dan 3 pagi, Jun lalu.

Pendakwaan terhadapnya dikendalikan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, atau denda atau sebatan atau yang mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Fakta kes menyatakan, Chen mengaku melakukan jenayah seksual terhadap mangsa semasa berjumpa dengan Editor Malay Mail, Frankie D’Cruz yang kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Chen yang bertugas sebagai jurugambar pada akhir 1980 dan 1990 dan pernah menerima anugerah dalam kerjayanya ditahan selepas menyerah diri kepada pihak polis pada 1 November lalu.

Dia yang masih bujang mengaku mencabul sekurang-kurangnya 10 remaja lelaki berusia antara sembilan dan 14 tahun semasa berkhidmat sebagai sukarelawan di rumah perlindungan tersebut antara awal tahun lalu dan Julai lepas.

Bagaimanapun, dia yang terlatih sebagai jurugambar sukan dan berita memberitahu, tidak pernah meliwat mangsa.

Dia juga memberitahu, kali pertama dia ke rumah tersebut adalah untuk bertanya sekiranya mereka memerlukan komputer terpakai di pejabatnya dan terus berkhidmat sebagai sukarelawan yang bertanggungjawab membina dan menguruskan laman web rumah perlindungan itu.

Sepanjang prosiding berjalan, Chen yang memakai baju lengan panjang putih dan berseluar hitam tidak diwakili peguam manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Chen memohon supaya mahkamah mempertimbangkan rayuannya untuk meringankan hukuman.

“Saya telah menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bulan lalu. Saya tidak akan melakukan kesalahan seperti ini di masa hadapan dan berhasrat untuk membina semua hidup saya,” katanya.

Siti Aisyah membidas dan memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal memandangkan mangsa masih muda dan akan mengalami trauma daripada perbuatan tertuduh.
-mstar-

Tiada ulasan: