"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Serah memo: Pemuda Perkasa tidak sertai GAPS hari ini, nafi boikot


Arman (tengah) ketika ditemui wartawan selepas menyerahkan memorandum GAPS kepada Sultan Selangor di Shah Alam Jumaat lalu. — Gambar oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 5 Dis — Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanafiah menegaskan pihaknya tidak memboikot Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang mahu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.
Sebaliknya, Arman Azha ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya kini akan memberikan fokus untuk membantu rakyat dalam isu kenaikan harga barang-barang keperluan.
“Bukan boikot cuma kita ingin fokus bagaimana untuk membantu rakyat dalam menangani isu kenaikan harga barang-barang keperluan ini.
“Kita sudah maklumkan perkara ini kepada GAPS dan mereka setuju memandang mereka sudah cukup keanggotaan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.
“Lagipun tiada sesiapa yang memikul tanggungjawab ini, jadi Pemuda Perkasa akan menjalankan peranan dan membantu rakyat melalui rancangan-rancangan yang akan dibuat nanti,” katanya.
Tinjauan menunjukkan pihak polis sudah memulakan langkah mengadakan sekatan lalu lintas di kawasan Lembah Klang menuju ke ibu negara sejak pagi tadi.
GAPS, gabungan 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung penyelewengan yang berlaku di Selangor yang kini di bawah kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Perkasa menyertai GAPS menyerahkan memorandum itu kepada Sultan Selangor kelmarin.
The Malaysia Insider dimaklumkan GAPS akan berkumpul di Stadium Merdeka pada pukul 11 pagi ini sebelum berarak ke Istana Negara.
Selain GAPS, kumpulan antikenaikan harga air anjuran kerajaan Selangor turut akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agung bagi menentang kenaikan harga air di negeri itu.
Menurut Arman Azha, satu pertemuan akan diadakan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob bagi membincang itu tersebut.
“Kita akan adakan pertemuan dan berbincangan dengan meneteri tentang isu kenakan harga barang yang bagi kita membebankan rakyat.
“Selain perbincangan kita juga akan menyerahkan memorandum kepada menteri bagi mencari jalan bagaimana untuk menangani isu kenaikan harga barang ini.
“Mungkin melalui perbincangan itu kita boleh dapat kata sepakat yang boleh meringankan beban rakyat,” katanya sambil berkata, tarikh pertemuan itu akan diberitahu kemudian.
Kedua-dua kumpulan yang akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong boleh dibezakan dari aspek pemakaian yang mana GAPS akan memakai baju berwarna hitam manakala kumpulan antikenaikan harga air akan memakai baju berwarna merah.
-malaysian insider-

Tiada ulasan: