"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penduduk gempar, doktor terkemuka dibunuh

Penduduk di Tawau gempar apabila seorang doktor terkemuka di daerah ini ditemui mati dalam keadaan tangan dan kakinya terikat di rumahnya di Taman Bunga Tulip, Tawau hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin, berkata mayat Dr Lim Tow Kiat, 49, ditemui dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah oleh seorang pekerja kliniknya yang ke rumah doktor itu kira-kira jam 9 pagi.

"Terdapat kesan luka di bahagian belakang kepala dipercayai akibat pukulan senjata tumpul," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat, polis percaya doktor itu dibunuh kira-kira lapan jam sebelum mayatnya ditemui.

"Tidak ada harta benda mangsa yang hilang sama ada wang ringgit atau barang bernilai lain. Satakat ini, kami percaya kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham dengan orang yang dia kenal kerana tiada tanda rumah itu dipecah masuk," katanya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
-Bernama-

Tiada ulasan: