"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selangor menjadi juara kerana mempunyai perogol teramai dari Januari hingga Ogos tahun ini

Selangor mencatat jumlah kes jenayah rogol tertinggi dari Januari hingga Ogos tahun ini dengan 456 kes daripada keseluruhan 2,426 kes yang dilaporkan di seluruh negara.

hishammuddin hussienMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata bilangan terendah pula dicatatkan di Perlis iaitu 18 kes.

"Kes jenayah seksual seperti rogol, sumbang mahram dan mencabul kehormatan adalah satu jenayah yang tidak berperikemanusiaan.

teresa kok"Pihak polis memandang serius kes seumpama ini kerana majoriti mangsa yang terbabit adalah dari kalangan kanak-kanak yang masih mentah dan lemah," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat hari ini.

Kok meminta kementerian menyatakan pecahan laporan kes rogol, sumbang mahram dan pencabulan seksual yang diterima oleh polis di setiap negeri dan jumlah kes yang telah didakwa di mahkamah.

Hishammuddin berkata, bagi kes jenayah sumbang mahram pula, jumlah tertinggi dilaporkan di Johor iaitu 43 kes daripada keseluruhan 289 kes, manakala kes terendah dicatatkan di Perlis iaitu satu kes.

domestic violence maritial rapeJumlah kes mencabul kehormatan yang dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Ogos 2010 adalah 1,441 kes.

Jumlah kes tertinggi dilaporkan di Johor iaitu 216 kes manakala kes terendah adalah di Perlis iaitu sebanyak 20 kes.

Hishammuddin berkata, bagi tempoh itu juga sebanyak 119 kes (lima peratus) daripada 2,426 kes membabitkan jenayah rogol dan sumbang mahram telah dibawa ke mahkamah manakala bagi kes mencabul kehormatan, sebanyak 73 kes (lima peratus) daripada 1,441 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama telah dihadapkan ke muka pengadilan.

lim kit siang 02Kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pula, Hishammuddin berkata sehingga 31 Julai lalu jumlah anggota polis di seluruh negara ialah 106,530 orang.

"Daripada jumlah tersebut, 84,523 orang (79.34 peratus) adalah Melayu, 2,210 (2.07 peratus) kaum Cina, 3,624 (3.4 peratus) kaum India dan 15,886 (14.91 peratus) kaum-kaum lain.

Bagi Jabatan Imigresen pula, terdapat 11,017 kakitangan terdiri 9,598 (87.12 peratus) Melayu, 322 (2.92 peratus) kaum India, 208 (1.87 peratus) kaum Cina, 813 (7.38 peratus) kaum Bumiputera (Sabah dan Sarawak) dan 76 (0.69 peratus) kaum-kaum lain.
-Bernama-

Tiada ulasan: