"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kem protes air banjiri Masjid Negara, dua konvoi GAPS menuju Istana Negara

Penyokong GAPS berhimpun sebelum menuju ke kawasan Istana Negara hari ini. — Gambar oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 5 Dis — Hampir 1,000 penyokong berkumpul di kawasan Masjid Negara di sini bagi menyertai demonstrasi aman anjuran kerajaan Selangor untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu air membabitkan negeri itu.
The Malaysian Insider difahamkan Masjid Negara mula dibanjiri dengan penyokong yang dikenali kumpulan antikenaikan harga air kira-kira pukul 11 pagi tadi.
Kelihatan penyokong-penyokong memakai pengikat kepala tertulis “Kembalikan Hak Rakyat” selain turut membawa kain rentang yang turut tertulis “Kembalikan Hak Rakyat” dan “Bantah Kenaikan Harga Air”.
Kumpulan antikenaikan harga air ini terlebih dahulu akan menunaikan solat Zohor dan solat hajat sebelum berarak ke Istana Negara. Polis turut berada di Masjid Negara untuk mengawasi dan mengawal keadaan.
Dalam pada itu, 300 orang penyokong kumpulan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang berhimpun di kawasan Stadium Merdeka dan berhampiran Dewan Himpunan Cina sebelum menuju ke Istana Negara, tetapi pihak polis hanya membenarkan dua kereta berkonvoi.
Presidennya Hamidzun Khairuddin memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau berharap kumpulannya akan dibolehkan ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum.
Beliau menyatakan demikian sebelum pihak polis hanya membenarkan dua kereta meneruskan usaha mereka.
Protes kumpulan itu dilihat sebagai usaha membalas tindakan himpunan kerajaan negeri Selangor yang turut mahu menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan air.
Penyokong GAPS juga mengenakan pakaian hitam dan kain lilitan pada kepala mereka.
-malaysian insider-

Tiada ulasan: