"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khairy nafi wujud video seks dirinya

Dakwaan kononnya turut wujud rakaman video seks membabitkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sengaja ditimbulkan pihak tertentu bagi mengalih tumpuan rakyat daripada isu sama mengaitkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khairy ketika ditanya media berhubung perkara berkenaan berkata, ia adalah satu usaha yang tidak berasas untuk menjatuhkan dirinya.

"Saya melihat ini satu usaha untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat daripada skandal yang melibatkan pemimpin pembangkang.

"Ia kisah lama yang sebenarnya keluar pada pilihan raya umum (PRU) yang lepas untuk menjatuhkan saya tetapi tidak berjaya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jelajah 1Malaysia ”Jom Kedah” di Pokok Sena hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin dalam sebuah harian berbahasa Melayu hari ini, berhubung dakwaan kononnya wujud video seks melibatkan Khairy.
-Bernama-

Tiada ulasan: