"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

ADUN DAP berang foto diubahsuai hidung babi

utusan hamidah blog ng suee lim 150611
utusan hamidah blog ng suee lim 150611Seorang wakil rakyat DAP Selangor berang selepas mendapati gambarnya telah diubahsuai dengan hidung babi dalam posting blog yang juga mengandungi laporan palsu bahawa beliau cuba mensabotaj rakannya dalam PAS.

ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim menyertakan salinan gambarnya yang 
diubahsuai itu serta salinan posting blog tersebut dalam laporannya di balai polis Sekincan semalam.

Gambar yang diubahsuai dan posting itu dimuat dalam blog pro-Umno 'Sungai Rapat Online'.

"Saya mengesyaki blog itu milik exco kerajaan Perak Hamidah Osman atau penyokong beliau, kerana 90 peratus kandungannya adalah mengenai beliau," kata Ng ketika dihubungi Malaysiakini.

Hamidah adalah ADUN Umno Sungai Rapat.

Gambar yang diubahsuai itu ditemui dalam posting 14 Jun yang 
bertajuk "DAP menyambut baik pengguguran Hasan Ali daripada sebarang jawatan dalam PAS" .

Ng mendakwa laporan itu palsu kerana beliau tidak pernah diwawancara oleh blog tersebut atau menyebut perkara yang memetik beliau dalam laporan itu.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: