"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kemunculan bijih besi anugerah untuk rakyat Kedah

Amelia Hashim
ALOR SETAR: Bijih besi tiba-tiba muncul di bumi Kedah dianggap rezeki rakyat negeri ini oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak selepas tiga tahun menerajui pemerintahan sebagai Menteri Besar.

Sumber hasil bumi ini dipercayai terdapat di Daerah Kubang Pasu, Pendang dan Kuala Muda. Beliu berkata demikian kepada pihak media selepas mempengerusikan Mesyarat Mingguan Exco di sini.

Justeru itu negeri Kedah bakal memperolehi pendapatan baru hasil bumi yang akan memacu ekonomi Kedah mencecah jutaan ringgit.

“Sumber  hasil bumi baru ditemui dikenal pasti ada di Daerah Kubang Pasu, Kuala Muda dan Pendang sejak tahun lepas. Mungkin ada juga dalam daerah lain di Kedah ini,” katanya.

Ada beberapa pihak yang datang untuk  berunding dengan Kerajaan Negeri menawarkan diri untuk  mengusahakan projek tersebut, katanya.

“Seperti biasa kita membuka tawaran kepada sesiapa sahaja dan tawaran dibuat menerusi tender terbuka,” ujarnya

Beliau juga memberitahu Kerajaan Negeri akan meneliti sumbangan pihak pengusaha atau syarikat berkenaan yang berminat dengan projek ini.

“Ini adalah proses biasa pihak yang menawarkan jumlah tertinggi mempunyai peluang besar memperolehi projek ini,” katanya.

Ini tidak mustahil kerana pada zaman yang dikenali sebagai Kedah Tua negeri ini muncul sebagai negeri pengeluar bijih terbesar peringkat antarabangsa  menjadikan pelabuhan di kawasan Sungai Merbok sibuk dengan  ratusan kapal yang singgah setiap  hari.

Terdapat kesan jeti sepanjang Sungai Merbok dan Sungai Batu  yang menjadi bukti adanya pengkalan tempat kapal-kapal berlabuh membeli bijih besi keluaran lain dari negeri Kedah.

Kajian itu juga telah menemui kilang melebur bijih besi di Jeniang yang beroperasi sebelum abad ke 4 masihi lagi.

Justeru itu katanya,  tidak mustahil Kedah akan memasukki era baru dalam bidang ekonomi sebagai pengeluar bijih besi untuk pasaran antarabangsa terutama China.

Selain itu Kedah merancang untuk membangun Pulau Bunting sebagai pelabuhan dengan memohon kerajaan pusat menyambung lebuhraya dan landasan berkembar dari Pendang ke Pulau Bunting.

Kerajaan Negeri bercadang membangunkan Pulau Bunting  sebagai pelabuhan berikutan di pulau tersebut sudah ada jambatan yang bernilai RM10 juta.

“Jalan keretapi berkembar akan  siap sepenuhnya pada tahun 2013 dan kita mahu produk dari China yang menjadi kegemaran rakyat Afrika dibawa ke Pelabuhan Pulau Bunting sebelum dihantar ke negara tersebut,” katanya.

Ujarnya lagi, keretapi ini difahamkan bertolak dari Ipoh ke Kunming, China dan Kedah akan merebut peluang dengan membangun Pulau Bunting sebagai pelabuhan ekoran China sekarang ini muncul sebagai pengeluar  produk pelbagai guna.

1 ulasan:

Sabar berkata...

assalamualaikum.saya terpandang untuk megirim sedikit pendapat di ruanggan ini.Rasa jika tersilap mohon di maafkan.

Saya telah sedikit menjelajah di kawasan persekitaran gunung jerai dan juga di kawasan perkampongan di Daerah Merbok.bahawa keujudan batu yang dahulu tiada harga.Tapi kini telah menjadi sebutan di biir setiap mulut rakyat.Terutama rakyat di Negeri Kedah Darul aman.

Cuma bagai mana kita mahu menafaatkan hasil dari Allah untuk kemakmuran rakyat di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang di di Pimpin oleh peneraju utama PAS.

Kerajaan kena berhati hari mengurus hasil bumi ini.Supaya hasil bumi ini jangan hanya di kendong oleh mereka sertahanya mahu memenuhi cita cita dan impian seorang.hasil bumi ini mesti di faraid sama rata kepada rakyat negeri Kedah.

Apa yang saya lihat pembahagian sama rata yang di canagkan oleh kerajaan terdahulu tidak menepati sasaran.kebanyakkan nya hanya di menopoli oleh mereka yang kuat berpolitik dan berkausa.Kerajaan hanya mendapat royalty dari per metrik ton hasil bumi seperti balak.bijih timah.kayu balak dan lain lain.

Sementara yang lain masuk kekantong peribadi peribadi individu.kalau dulu siapa yang menopolinya ?

dasar yang baik di laksanakan ialah.kerajaan mejemput pelabur atau pengusaha sama sama menjalankan usaha perlombongan atau perkongsian diatas segala hasil bumi terutama kawasan yang terlibat adalah hak kerajaan Negeri atau kerajaan persekutuan.Kerajaan akan memperoses dokumentasi dan meminta pelabur menyediakan modal serta kepakaran untuk melalakukan usaha kerja.

Kerajaan mengambil peratus keuntungan yang setimpal dari usaha sama itu untuk di tabungkan dalam syarikat syarikat kerajaan,Maka nya keuntungan ini dapatlah di gunakan membantu mereka yang kurang upaya dan tidak kemampuan .serta wang tersebut akan di gunakan untuk menyediakan pasarana kepada rumah rumah ibadah dan kemudahan kepada rakyat.

Bagaimana pula kerajaan untuk membantu tuan tuan punya tanah yang memiliki bijih besi.Saya cadangkan kepada kerajaan.Kerajaan menyediakan pusat membeli bijih besi.Dengan cara tersebut pengusaha akan mendapat pulangan yang lebih baik dari masa sekarang.Masa sekarang pengusaha dan tuan punya tanah hak milik terpakasa mengusahakan dengan pengusaha pengusaha yang cuba mengambil sebaik mungkin kesempatan untuk tabung dan poket sendiri.

kaedah perlombongan bijih besi amat memerlukan kepakaran.hal ini berkaitan quality serta kandungan yang perlu di teliti.kandungan menirel yang perlu di ambil kira ialah nama nama saintific seperti SULFER,PHOSPORUS.SIO2,TITANIUM,MAGGENIS dan terdapat 9 item nama saintific yang perlu di ambil kira untuk gred iron ore yang bermutu.

Permintaan di seberang laut buat masa ini amat tinggi.terutama di negara CHINA.Tambahan buat masa ini Negara CHINA telah memandang malaysia sbagai pusat utama pengeluar bijih besi selain indonesi ,filipina,Thailand,vetnam serta kemboja.disebab kan karenah biokrasi di Negara lain menyebabkan pembeli dari Negara CHINA beralih ke Negara Malaysia khursusnya di negeri pantai timur sperti Pahang dan Terangganu.

Jika kerajaan kedah melepaskan perluang yang ada buat maa ini.maka mungkin akan kerugian besar.Kerajan yang kuat adalah bergantung kepada rakyat yang kaya.jika rakyat kaya kerajaan juga akan kaya.

Saya memang memerhati halperkara bijih besi sehingga saya membagunkan laman web www.subkiarabi.com untuk hal berkaitan bijih besi.
22 Julai 2011 4:48 PM