"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar mati makan biskut bercampur racun tikus

SAO PAULO: Polis semalam berkata, seorang budak lelaki berusia 12 tahun maut selepas makan biskut beracun diberi dua remaja perempuan di Recife.

Pegawai penyiasat, Mariana Villas Boas, berkata dua remaja perempuan, masing-masing berusia 13 dan 14 tahun, mengaku meletak racun tikus ke biskut berkenaan.


Bagaimanapun, katanya, mereka mendakwa ia dilakukan untuk meracun dua remaja perempuan lain di sekolah sama.

“Budak lelaki itu diminta menyerahkan biskut berkenaan kepada remaja yang ingin diracun tetapi dia memakannya secara diam-diam,” katanya. 
-AFP-

Tiada ulasan: