"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tahniah Buat Calon Ketua Menteri Melaka Yang Baru, Sdr Adly Zahari..

addin_77
Addin mengucapkan tahniah kepada semua AJK dan Pesuruhjaya PAS negeri yang baru di lantik pada Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang di pengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini. Sebagai warga PAS Melaka, Addin juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sdr. Adly Zahari sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka yang baru menggantikan Ustaz Ghani.

Sdr Adly Zahari antara Pesuruhjaya negeri yang termuda yang pernah dilantik oleh PAS. Berlatar belakang bidang kejuruteraan, sdr. Adly Zahari sebelum ini adalah YDP PAS Alor Gajah dan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka.

Tidak keterlaluan jikalau dikatakan Sdr. Adly Zahari di antara calon yang layak memegang jawatan Ketua Menteri Melaka yang baru sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU 13 nanti di Melaka. Dengan kredibilitinya memimpin PAS Melaka dan sifat karismatiknya, ia tidaklah mustahil...
 

Tiada ulasan: