"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UM-NO: Katakan tidak pada Utusan, tidak pada Umno

Harakahdaily
KOTA BHARU, 17 Jun: Mursydul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyempurnakan Kempen Boikot Utusan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, sebentar tadi.

Majlis pelancaran kempen itu bermula sebaik sahaja beliau mengakhiri kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu, di sini pada jam 10.15 pagi.

Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan memangkah perkataan Utusan Malaysia pada kain rentang sebagai simbolik memboikot akhbar milik Umno itu.

Sebelum itu, Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dalam ucapan ringkas mengambil perkataan ‘Umno’ sebagai simbolik kepada pemboikotan akhbar berkenaan.

Katanya, ‘UM’ adalah ringkasan kepada Utusan Malaysia dan ‘NO’ sebagai tidak, justeru 'katakan tidak pada Utusan’ dan ‘tidak pada Umno’.

Tiada ulasan: