"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS kerah anggota ke BERSIH 2

NONEPAS hari ini mengerahkan anggota dan pemimpinnya untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2 pada 9 Julai bagi menyampaikan tuntutan mereka untuk pilihan raya bersih dan adil.

Usul berkenaan diluluskan sebulat suara di muktamar parti itu hari ini, selepas dibentangkan sendiri oleh timbalan presiden barunya, Mohamad Sabu.

Mohamad yang aktif dalam penganjuran perhimpunan BERSIH yang pertama pada November 2007, turut menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai perhimpunan berkenaan.

Usul yang diluluskan itu turut menggariskan tumpuan untuk menggerakkan semua organ parti serta semua barisan kepemimpinan PAS dan rakan komponen Pakatan Rakyat untuk meluluskan perhimpunan tersebut.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: