"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ingat Cerita Makhluk Asing di Rusia? Rupa-rupanya...


Dunia baru-baru ini digemparkan apabila dua orang pelajar di Rusia didakwa merakamkan bangkai makhluk asing yang dikatakan terhempas di Bumi. Video penemuan tersebut telah dimuatnaikkan ke Youtube dan mencapai hit melebihi 700 ribu dalam masa yang singkat. 

Namun, semuanya terbongkar apabila Hilall Timur, 18, dan Kirill Vlasov, 19, yang merakamkan  video penemuan bangkai makhluk asing  di Irkutsk, Siberia itu mengaku bahawa bangkai bukanlah makhluk asing yang sebenar. 
 
Menurut DM, bangkai makhluk asing itu, seperti yang diakui oleh Hilal dan Kirill, diperbuat daripada roti basi (stale bread) dan kulit ayam yang kelihatan seolah-olah makhluk asing. Mereka mengakui hal ini apabila disoal siasat oleh pihak polis yang memandang kes penemuan makhluk asing itu sebagai isu yang besar.

Biarpun palsu, namun pengkaji UFO tempatan, Alex Komanov, dari Rusia UFO Research Centre berkata, "Tubuh mahkluk itu menarik kerana teksturnya mirip dengan entiti biologikal makhluk asing yang sebenar."
 
Menurut jurucakap pihak berluasa Rusia, setakat ini kedua-dua pelajar itu belum dikenakan sebarang tindakan. Pihak berkuasa sedang mengkaji sama ada kedua-duanya melakukan pelanggaran undang-undang atau tidak.
Video tentang penemuan "bangkai" yang didakwa makhluk asing itu boleh ditonton di sini.

Tiada ulasan: