"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lafaz sumpah laknat tapi pegang al-Quran terbalik


KUALA LUMPUR: Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang kumpulan Datuk Trio hari ini membuat sumpah laknat – suatu upacara yang membelakangi sistem perundangan syariah, dengan memegang al-Quran secara terbalik.
Hal ini bukan sahaja disedari Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin tetapi juga beberapa wartawan yang membuat liputan acara berkenaan.
Shamsul juga mengirim paparan twitter dengan berkata: “Eskay pegang Al-Quran terbalik! Pakai baju kalis peluru.”
Berdasarkan twitter, seorang wartawan Free Malaysia Today, Fazy Sahir membuat paparan berikut: “Datuk Eskey terlupa Al-Quran yang dipegang oleh beliau terbalik.”
Terdahulu, mereka dinasihati seorang pendakwah bebas bahawa tindakan melakukan sumpah laknat adalah jalan terakhir bagi membuktikan kebenaran selepas qazaf dilaksanakan terlebih dulu.
Eskay turut ditegur pendakwah bebas itu kerana memegang al-Quran secara terbalik.
Berlaku kekecohan ketika ketiga mereka meninggalkan masjid apabila anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menghalang media tempatan untuk mengambil gambar.
Mereka meninggalkan Masjid Amru Ibnu Al As dengan sebuah kenderaan MPV kira-kira jam 4.22 petang.
Pada majlis di Masjid Amru Ibnu Al As yang mula dibatalkan itu, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim turut hadir tetapi tidak menyertai acara bersumpah itu.
Mereka tiba kira-kira jam 4.08 petang dgn memakai jaket kalis peluru sambil dikawal beberapa lelaki dipercayai anggota polis cawangan khas.

Tiada ulasan: