"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Eskay Berikan Sampel DNA Kepada Polis

KUALA LUMPUR, 27 APRIL: Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah menyerahkan sampel DNA beliau kepada polis untuk membantu siasatan berhubung penayangan video seks yang didakwa Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya dipanggil pagi ini oleh polis untuk soalan lanjut dan menyerahkan sampel DNA saya atas permintaan,"katanya.

Beliau yang ditemui Balai Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur berkata, beliau turut ditanya beberapa soalan yang dikatakannya 'relevan kepada kes'.

Shazryl salah seorang "Datuk T" yang membawa maksud trio. Dua lagi individu yang bertanggungjawab dalam penayangan video lucah di Carcosa Seri Negara adalah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Umno, Datuk Shuib Lazim.
-tvsnews-

Tiada ulasan: