"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video seks: Mufti gesa Anwar sumpah balas

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks seperti didakwa Datuk T.

"Saya amat setuju Anwar segera besumpah untuk nafikan tuduhn kotor kepada beliau, walaupun pilihan di tangan beliau sendiri," kata Dr Juanda (kiri).

Setelah mencabar Anwar bermubahalah, semalam Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.

Beliau ditemani bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim. 

Anwar seperti dijangka tidak hadir sama dalam upacara itu.

Dalam pesanan SMS daripada Mekah, Dr Juanda yang juga mufti termuda di Malaysia berkata, cadangannya itu dibuat kerana mahukan "kes yang memalukan umat Islam" itu selesai segera.

Mahkamah syariah kena proaktif

Bagaimanapun, menurut Dr Juanda lagi, tidak perlu bersumpah laknat dan memadai bagi Anwar dengan menyebut: "Wallahi tuduhan itu palsu!" 

NONEMengulas sumpah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam, Dr Juanda berpendapat perkara itu tidak patut dilakukan.

"Kaedah hukum Islam dalam kes jenayah, pendakwa kena bawa bukti tuduhan. 

"Yang kena dakwa, kena bersumpah kalau dia nafikan tuduhan. Datuk Eskay tidak patut bersumpah," katanya.

Dr Juanda juga berkata, mahkamah syariah wajib proaktif dengan memutuskan hal itu segera untuk metutup aib umat Islam. 

"Bukan (mereka) jadi penonton saja. Semua pihak kena jaga imej Islam terutama mereka yang perjuangkan Islam," katanya yang kini menghadiri program bersama mufti di seluruh dunia atas undan kerajaan Arab Saudi.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: