
Yang mengejutkan, isteri jumpa cermin mata hitam kepunyaan wanita di bawah tempat duduk masa mengemas dalam kereta. Susah juga suami nak jawab bila disoalsiasat. Cuma suami ni pandai, gaya muka dia macam dia tak tahu apa-apa pasal cermin mata tu.
Isteri pula mula buruk sangka kerana sebelum ini ahli mesyuarat tingkap dah pesan, suami dia tu hensem, dah tentu banyak peminat. Adakah perlu cermin mata itu dihantar buat DNA nak tahu siapa perempuan yang berani dating dengan suami dia tu. Atau nak tahu pemilik dia, tak ada nombor siri pulak.....Isteri masih bingung tapi suami dia rilek saja, macam tak ada apa yang berlaku.
-selatanonline-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan