"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Teori Mudah Kenapa Anwar Tak Sumpah - Rahsia ! Kalau Baca Jangan Bagi Tau Umno !

WartaShubhi 

Tentu ramai yang terfikirkan sejak dari mula segala fitnah dihamburkan kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim sampai sekarang Anwar tak pernah ambil peduli desakan demi desakan agar dia bersumpah dengan nama Tuhan menafikan segala tohmahan ke atasnya.


Kenapa Anwar berdegil dan berkeras tak mahu layan dengan semua desakan tersebut sedangkan habis semua orang yang beriya-iya menuduhnya tanpa segan silu bersumpah dengan nama Tuhan yang mereka tak taat.


Tentu ramai yang terfikir kenapa Anwar susah sangat nak lafaz sumpah kalau benar-benar dia tak lakukan semua itu. Bukankah mudah jika dia bersumpah, maka habislah selesai semua cerita. kalau dia bersumpah tentu ramai yang akan berpuas hati.

Jika anda berfikir sedemikian maka ternyata anda salah. Walau sebanyak manapun Anwar bersumpah, sekerap manapun dia naik turun mimbar semua masjid yang ada kat malaysia ini untuk bersumpah menafikan segala tohmahan ke atasnya, namun gerakan tohmahan bagi menjatuhkannya tak akan berhenti begitu saja.
Mereka yang mendesak dan mahu menjatuhkannya adalah musuh politiknya. Namapun musuh politik, kalau dia tidak diserang tidaklah kita namakannya musuh. Sampai kiamat selagi mereka itu bermusuh dengannya, segala usaha menjatuhkannya akan dilakukan dengan berbagai cara sehingga matlamat mereka tercapai.

Jadi dengan kepercayaan tersebut, maka cara yang terbaik adalah dengan memerangkap musuh menyerang pada satu sudut yang sama di mana kita sudah jangkakan. Sudut yang kita biarkan musuh menyerang itu merupakan tempat yang disangka paling lemah oleh musuh.

Segala kekuatan serangan akan dirumpukan pada sudut yang disangka lemah tersebut maka lekalah musuh untuk melihat pada sudut-sudut yang lain. Kita lengahkan musuh memberikan tumpuan disitu agar mereka tidak bergerak untuk menyerang pada sudut yang lain.

Serangan yang dijangka adalah lebih mudah untuk ditempis daripada serangan yang tidak dijangka. Jadi sebab itulah Anwar buat pekak dan bodo saja dengan desakan bersumpah. Sekali sekala dia berlakon marah dan tertekan. Itu semua hanyalah umpan bagi membiarkan musuh terus bersangka mereka hampir berjaya menang dalam serangan tersebut, jadi mereka terus menyerang tak henti-henti sampai letih.

Begitulah lebih kurang teori mudah kenapa Anwar tak akan bersumpah. Jika dia bersumpah maka musuh akan mula mencari ruang lain untuk melakukan serangan. Ini hanya akan menimbulkan masalah lain yang merbahaya apabila kita tidak dapat pastikan di mana pula kawasan serangan mereka.

Bukankah dari dulu Anwar asyik di serang dengan isu yang sama saja sampai mereka letih. Sampai mereka tak pernah terfikirkan untuk mmempelbagaikan serangan kepada Anwar...biarlah begitu, layan sajalah segala gerakan yang berulang-ulang itu bagi mereka gembira dan leka.

2 ulasan:

Hairun Azmi berkata...

Anwar bijak....

Satu Komuniti Satu JPJ

Our Story berkata...

sumpah jela...jgn jd bodoh...lau musuh die baut lg...nk sumpah...sumpah jela lg...lau da xslh...nk buat ap tkot...