"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenyataan RPK Mesti Dimasukkan Dalam Kertas Siasatan - Gani Patail

PUTRAJAYA, 27 APRIL: Kenyataan Raja Petra Kamaruddin perlu dimasukkan dalam kertas siasatan polis terhadap penulis blog itu, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau berkata berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai siasatan terhadap Raja Petra, yang juga dikenali sebagai RPK, yang didakwa memberi maklumat palsu mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Saya belum tahu lagi siasatan itu sebenarnya mengenai apa. Saya hanya boleh komen selepas polis menyerahkan kertas siasatan," katanya kepada pemberita semalam.

Kenyataan daripada Raja Petra mesti dimasukkan dalam kertas siasatan memandangkan dia adalah subjek siasatan itu, kata Abdul Gani.

Terdahulu Bernama melaporkan bahawa RPK kini disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung akuan bersumpahnya mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, empat tahun lepas.
-Bernama-

Tiada ulasan: