"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Azizan nafi tak sefahaman dengan pemimpin Pakatan

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyangkal dakwaan pihak-pihak yang menuduhnya tidak sefahaman dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang berikrar akan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) jika dapat menawan Putrajaya.


Sambil menasihatkan pihak luar supaya tidak mencampuri isu dalaman Kolej Universiti Insaniah (KUIN) berhubung tindakan tata tertib termasuk mengantung pengajian lima pelajarnya, beliau mendakwa pelajar berkenaan dikenakan tindakan mengikut peruntukan Akta IPTS 1996 dan bukannya AUKU seperti yang diuar-uarkan pihak luar.

"Kedua-duanya berbeza, walaupun hampir sama. Saya harap selepas ini jangan lagi ada pihak yang pertikai keputusan yang dibuat,” kata beliau yang juga pengerusi KUIN yang dipetik oleh akhbar Sinar Harian.

Sebelum ini, pelbagai pihak membidas Azizan kerana membiarkan pelajar berkenaan dihadapkan pada Jawatankuasa Disiplin KUIN pada Mei tahun lalu kerana melanggar AUKU dengan terbabit dalam tunjuk perasaan memprotes keputusan kolej universiti itu mahu menjadikan bangunan tahfiz menjadi sekolah bestari.

Azizan juga dilaporkan berkata, apa yang diperjuangkan oleh pemimpin Pakatan dalam Buku Jingga merangkumi dua perkara dalam AUKU iaitu hak untuk berpolitik dan hak untuk berpersatuan.

NONE
“Itu yang kita perjuangkan dalam Buku Jingga, namun jika ada pelajar membuat kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam, kita perlu halang. Tindakan seperti itu termasuk demonstrasi tiada dalam perjuangan Pakatan, hanya dua perkara kita perjuangkan,” katanya.


Mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang melahirkan kebimbangan terhadap reputasi Azizan berhubung isu itu, beliau menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam politik.

“Biasalah… dalam politik ada musuh ada kawan. Pasti ada cubaan untuk jatuhkan mana-mana pemimpin. Saya tidak kisah berdepan dengan situasi seperti itu,” katanya lagi dipetik Sinar.

Dalam pada itu, Berita Harian pula melaporkan PAS pusat akan memanggil Azizan bagi memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.

pakatan pokok sena ceramah 140112 mat sabu
Memetik timbalan presiden PAS Mohamad Sabu (kiri), akhbar itu melaporkan Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah akan diminta memberi penjelasan pada mesyuaray parti akan datang sebelum pihaknya mengambil sebarang keputusan.


"Kami perlu mendengar penjelasan beliau terlebih," katanya yang dipetik akhbar itu sambil menambah bahawa keputusan hanya akan dibuat selepas mesyuarat berkenaan.

Khamis lalu, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari meminta Azizan untuk menyertai BN sekiranya terus pendirian pro-AUKU.

Tiada ulasan: