Naeem Raffi
SHAH ALAM, 29 JAN : Penasihat DAP, Lim Kit Siang berharap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menarik diri dari menyertai PRU13 akan datang kerana sumbangan beliau amat diperlukan bagi memastikan usaha Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.
Lim berkata kepimpinan Pakatan Rakyat dalam memenuhi desakan rakyat yang ingin melihat perubahan tampok pemerintan negara amat memerlukan pemimpin veteran PAS itu.
"Pakatan Rakyat memerlukan sumbangan Hadi pada PRU-13 akan datang supaya dapat merealisasikan cita-cita mengambil alih Putrajaya,"katanya ketika dihubungi TVSelangor.
Mengimbau kembali tsunami politik yang melanda negara pada 2008 lalu, Kit Siang berkata kejayaan gagasan Pakatan Rakyat itu seharusnya diteruskan lagi untuk membawa harapan baru kepada rakyat Malaysia.
"Oleh sebab itu, kejayaan yang bakal kita (Pakatan Rakyat) kecapi pada PRU-13 ini memerlukan sumbangan semua parti dengan barisan kepimpinan yang hebat seperti Tuan Guru Hadi Awang,"jelasnya.
Abdul Hadi menyatakan hasratnya untuk berundur dari PAS dalam satu wawancara ekslusif yang disiarkan di Sinar Harian semalam.
Abdul Hadi menjelaskan pengundurannya itu berdasarkan khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai yang berhormat.
Dalam perkembangan sama, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berpendapat bahawa gagasan Pakatan Rakyat memerlukan sumbangan Abdul Hadi dan ia bukan suatu yang mudah untuk melepaskan pemimpin seperti Abdul Hadi daripada tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Memetik laporan sebuah portal berita, Anwar berkata, beliau akan bertemu dengan Abdul Hadi bagi menggesa veteran PAS itu terus bertanding dalam pilihan raya umum akan datang dalam masa segera.
"Saya berharap Ustaz Hadi menarik balik hasrat tersebut kerana beliau penting buat PAS dan Pakatan Rakyat,"katanya.
1 ulasan:
PRU 13: Nik Aziz Tolak Hasrat Hadi | http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WlbZVo | http://antarapos.com/v1
Catat Ulasan