"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja dipenjara kerana bercium

ABU DHABI: Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun dimasukkan ke pusat juvana selama tiga tahun di Emriah Arab Bersatu (AUE), selepas ditangkap bercium bersama dua remaja perempuan yang juga adik beradik.

Bapa mereka bertindak menghubungi polis, apabila menemui mereka melakukan perbuatan itu di rumahnya di Abu Dhabi.

Dia dituduh melakukan serangan seksual, memecah masuk ke dalam rumah mangsa, memberitahu hakim bahawa dua remaja perempuan berumur 13 tahun itu membenarkannya masuk dan kejadian itu bukan kali pertama, berikutan mangsa menjemputnya masuk ke dalam rumah serta rela berkucup.

Dalam perbicaraan Ahad lalu, dua remaja perempuan itu enggan menjawab soalan, mahu pun menafikan dan mengaku terhadap dakwaan terbabit.

Hakim menetapkan remaja lelaki itu boleh ditahan sehingga berumur 18 tahun, tetapi boleh dibebaskan jika dia menunjukkan keinginan untuk berdisiplin.
-sinarharian-

Tiada ulasan: