"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nasib Baik Mamat ini tak jadi calon PKR

FS
Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi secara terbuka mengaku telah mengundi Barisan Nasional (BN) dan akan terus mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Katanya, BN secara konsisten memperjuangkan Islam termasuk perundangan syariah di negara ini. Katanya lagi, Pas walaupun mengaku memperjuangkan Islam tetapi tidak mempunyai rekod kejayaan untuk dibuktikan.

Dr Juanda dan Dr Hassan membantu kempen UMNO @ BN di Flat Sri Melaka, Kuala Lumpur malam tadi.

Sebelum ini ramai orang marah kepada PAS kerana PAS tak boleh bertolenrasi dengan PKR untuk kerusi Kangar. Perlis. Ramai penulis-penulis mencemoh PAS termasuk Mohd Sayuti Omar atas tindakan PAS.


Sedang mereka tidak sedar bahawa PAS berbuat demikian bagi menyelematkan Pakatan Rakyat daripada calon yang tidak dikenalpasti secarah halus kedudukannya. Calon tangkap muat sekadar untuk menuntut pembahagian kerusi dengan memberikan tokoh masyarakat supaya kelebihan berada pada tuntutan tersebut amat membahayakan kedudukan Pakatan Rakyat apabila menang nanti.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perlis, Mohd Faisol Abdul Rahman juga membuat kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi parlimen Kangar dalam pilihanraya umum 5 Mei nanti.

Dia juga mengesahkan kedudukan seorang lagi calon dari PAS, Baharuddin Ahmad yang tidak akan bertanding setelah pertikaian mengenai siapa yang menjadi wakil Pakatan Rakyat timbul sebelum ini.

Tapi alhamdilillah atas kebijaksanaan kepimpinan Pakatan Rakyat dan atas desakan daripada maklumat dalaman PAS bahawa Dr Jaunda masih tidak mempunyai komitmen yang jitu dalam menghadapi pilihan raya nanti, akhirnya PAS bertanding di 3 parlimen di Perlis.

Alhamdulillah juga akhir terbukti Dr Jaunda adalah insan yang tidak boleh dipercayai...

1 ulasan:

XUMNO berkata...

PKR kena terima hakikat bahawa Pas telah wujud berpuluh tahun sebelum tertubuhnya PKR. Pas sudah masak dengan sepak terajang politik Malaysia, dan prinsip Pas tetap kokoh dan teruji.Ini satu contoh jelas menunjukkan kebijaksanaan pemimpin2 Pas. bak kata pepatah, sekilas ikan di air sudah tau jantan betinanya. Alhamdulillah, firasat Pas mengenai mufti Perlis ini tepat sekali. PKR kena banyak belajar dari Pas, jangan terlalu ghairah nak kuasa hingga seluar sendiri terlondeh dek memilih calon secara tangkap muat.Akibahnya bukan PKR saja yang kecundang nanti tapi Pakatan juga akan lingkup.