Blog Ibn75.wordpress.com
PONTIAN: Dua orang pemuda didakwa penyokong UMNO telah menurunkan bendera PKR untuk tujuan sabotaj, kata Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang.
Kejadian yang tidak bertamadun dan buta demokrasi ini dikesan petugas Pakatan Rakyat (PR) di pintu gerbang Kampung Sungai Terus, Kayu Ara Pasong dekat sini.
“Petugas kita berjaya mendekati mereka . Mereka mengaku diarah. Kejadian berlaku pada pagi Ahad 31.3.13 di pintu gerbang Kampung Sungai Terus, Kayu Ara Pasong, laluan masuk ke Program TRC yang dirasmikan oleh Datuk Ahmad Maslan .
“Saya dihubungi untuk tindakan selanjutnya, saya sarankan pemuda kita supaya selesaikan dengan sebaik mungkin.
“Elakkan pergaduhan. Alhamdulillah dapat di atasi secara baik, berjaya mengeratkan silatul-rahim di kalangan anak muda tempatan. TAHNIAH ! BUAT AKTIVIS KAMI DI UPU KAYU ARA PASONG,” kata Dr Ungku menerusi facebooknya.
1 ulasan:
td mkin byk bndera pas kt kayu ara pasong...terbaik
Catat Ulasan