"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video Samseng UMNO nak terajang kereta Aktivis TOLAK.. Saksikan!!

AnakSgDerhaka

Gentar menghadapi masa depan yang gelap jika Parti Perkauman yang disokong olehnya ditolak oleh rakyat pada Pilihanraya Umum yang ke 13 nanti seorang macai UMNO telah bertindak mengusir dan mengugut untuk menerajang kereta aktivis TOLAK.

TOLAK ialah program yang dianjurkan oleh sekumpulan anak muda dengan bertujuan bagi mengutip tanda tangan sebagai tanda simbolik dan protes terhadap BN.

3 April lalu Pengerusi TOLAK, Mohd Azan Safar dilaporkan berkata "Kita ingin mengutip tanda tangan seluruh rakyat Malaysia yang sudah muak dengan pemerintahan sekarang.

"Seiring dengan pembubaran Parlimen hari ini, kita Gelombang Anak Muda akan menolak dan bersiap sedia membawa Malaysia dan memastikan Umno dan BN tidak diberi mandat pada pilihan raya akan datang.

"Hujung minggu ini kita akan mengadakan jelajah. Misi kita jelas iaitu akan kutip tanda tangan daripada kain rentang ini sehingga satu kilometer yang mana akan dipenuhi dengan tanda tangan rakyat," katanya.

Hari ini di Johor mereka telah diusir oleh sekumpulan macai UMNO yang telah mengugut untuk membelasah dan merosakkan kereta mereka jika mereka tidak beredar dari Johor..

Sila lihat videonya di SINI

Tiada ulasan: