"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

(Gambar)Bomoh Dan Isteri Didakwa Lakukan Seks Luar Tabie, Kelucahan Melampau, Cabul Pesakit

FotoT
SEREMBAN: Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan seks di luar tabie, kelucahan melampau dan mencabul pesakitnya di sebuah rumah di Gedung Lalang, Ampangan di sini.

Mohd Rashid Mohd Din, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan kesemua kesalahan itu terhadap seorang wanita berusia 26 tahun antara pukul 2.30 petang dan 7.00 malam pada 20 September lepas.

Bagi pertuduhan melakukan seks di luar tabie, Mohd Rashid didakwa mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Isteri tertuduh, Noralia Daie, 51, pula berdepan pertuduhan bersubahat dengan Mohd Rashid melakukan seks di luar tabie dan mencabul mangsa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh membenarkan Mohd Rashid diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin manakala Noralia sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Bagi kesalahan mencabul, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau dengan denda, atau dengan sebatan, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Majistret Siti Kahiriah Abd Razak membenarkan Mohd Rashid diikat jamin RM7,800 dengan seorang penjamin manakala Noralia sebanyak RM3,600 dengan seorang penjamin.

Bagi kesalahan melakukan kelucahan melampau, dia didakwa mengikut Seksyen 377 D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, jika sabit kesalahan.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh membenarkan Mohd Rashid diikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin.

Kes di Mahkamah Sesyen dikendali Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Abu Hassan Ramli manakala Timbalan Pendakwa Raya Kaiyisah Shukri dan Nabilah Mohammad Zanudin mengendali kes di Mahkamah Majistret.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam A. Partheeban.

Kesemua kes akan disebut semula pada 27 Oktober ini.
-mstar-

2 ulasan:

Li'l Abner berkata...

Bomoh = Seks
Gores = Rugi
tapi tetap nak bomoh dan gores. Bila sudah kena mula menyalahkan orang lain. Bila nak menyalahkan diri sendiri? Bila nak sedar? Selagi ada mahluk yg percaya pada tahyul dan percaya sungguh2 masih ada benda percuma dlm dunia ni, berita bomoh dan gores tak akan luput. Minggu depan akan ada lagi berita kena tipu bomoh dan sindiket gores. Bacalah bahan2 yg boleh menjana minda dan bukan yg kebanyakan orang kita suka baca supaya kita tidak ditakuk situ jugak.

Unknown berkata...

saya kenal ustaz Rashid dia tak salah saya sekuraga ambil rawatan dangan dia tak ada apa masala. isteri saya lepas lahirkan anak pertama lepas itu selama 7tahun tak ada anak bila saya jumpa ustaz rashid dia nasihad saya bayak kuat kan hal ugama ,sembahyang derema dan lain hal ugama dari doa ustaz rashid kami dapat cahaya mata 2 lagi anak sekarang kami ada anak 3 kesian lah ustaz rashid dia tak salah jangan tuduh macam2 kita orang islam jangan cemburu kurnia allah ....dari doa2 ustaz rashid saya dapat berkat alhamdulillah ... DIA BUKAN BOMOH DAN DIA BUKAN AMBIL DUIT SESUKA HATI KALAU DOCTOR BOLIH MINTA DUIT SESUKA HATI .... KERANA KAMI NAK DAPAT KAN CAHYA MATA LAGI ABIS DUTI KAMI DEKAT DOCTOR BERAPA BAYAK '''.. BILA JUMPA USTAZ RASHID DIA CEKAP DOA LAH BAYAK2 KEPADA ALLAH IN SAH ALLAH ADA HADIA NYA