"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakatan retak menunggu belah?: PKR dan DAP meminggir dan menyerang PAS

Menjelang baki dua hari lagi tempoh berkempen bagi kerusi Dewan Undangn Negeri PRK N.01 Pengkalan Kubor, pemimpin tertinggi daripada PKR dan DAP sehingga kini tidak kelihatan.

Sejak daripada hari penamaan calon wajah-wajah seperti Datuk Sri Anwar Ibrahim dan Lim kit Siang tidak kelihatan bagi membantu calon PAS untuk berkempen.

Semalam buat kali kedua PAS mengadakan ceramah umum namun kelibat mereka (DAP dan PKR) langsung tidak kelihatan.

Mungkin ketidakhadiran mereka ini merupakan kesan daripada kegagalan PKR dan DAP melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Adakah mereka mula meminggirkan PAS?

Sebaliknya pemimpin DAP, Lim Guan Eng pula menunjukkan rasa tidak puas hati dengan menggelar empat exco PAS di Selangor sebagai pengkhianat dan Tony Phua pula mengata Presiden PAS nyanyuk.

Terbaru Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mencadangkan kepada Menteri Besar Selangor Azmin Ali supaya mengurangkan jumlah empat kerusi exco kerajaan negeri yang sebelum ini diperuntukkan kepada PAS.

Katanya, memandangkan PAS tidak menyokong kedua-dua calon PKR iaitu Azmin dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, maka wajar, PAS hanya diberikan kerusi ‘sagu hati’.