"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bapa mentua tetak menantu perempuan

ALOR SETAR: Seorang menantu cedera di leher dan tangan selepas ditetak bapa mentuanya dengan pisau pemotong daging di Taman Selayang di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.40 malam itu, Mak Lain Ping, 42, ditetak oleh bapa mentuanya yang berumur 86 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata pihaknya menerima laporan daripada petugas sebuah pusat perubatan swasta yang memaklumkan mereka menerima pesakit yang merupakan mangsa tetak.

"Mangsa menghuni rumah tersebut bersama suami dan ayah mentuanya. Mangsa tidak pasti punca ayah mentuanya bertindak sedemikian kerana ayah mentuanya tidak mempunyai masalah mental selain tidak berlaku salah faham antara mereka sebelum kejadian," katanya.

Mohd Rozi berkata suspek telah ditahan dan sebilah pisau pemotong daging telah dirampas.
-Bernama


Tiada ulasan: