"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saudi dakwa peluru berpandu dilancar ke arah Mekah

Reuters
RIYADH: Milita Houthi didakwa melancarkan peluru berpandu balistik ke arah Mekah pada Khamis, kata tentera bersekutu pimpinan Arab Saudi yang terbabit dalam perang saudara Yemen kepada agensi berita Saudi, SPA.

Menurut kenyataan itu, tentera bersekutu memusnahkan peluru berpandu itu 65km daripada bandar suci itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan dan membalasnya dengan serangan ke atas lokasi pelancaran yang terletak dalam Yemen.

Mekah menempatkan kawasan paling suci buat penganut Islam, termasuk Masjid al-Haram.

Houthi mengesahkan pelancaran peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi dalam satu kenyataan kepada agensi berita rasmi mereka pada Jumaat, tetapi menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah, lapangan terbang tersibuk negara itu.

Kumpulan itu mengawal sebahagian besar utara Yemen termasuk ibu negara Sanaa bersama sekutunya, yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.

Tiada ulasan: