Nadia Mingguan Wanita
Ada ketikanya, lalat banyak berkerumun di dapur. Lebih-lebih lagi ketika kita sedang sibuk memasak. Bagi mengatasi masalah lalat, ada beberapa petua lama yang boleh diamalkan.
1. Bunga cengkih
Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya daripada ruang dapur anda.
2. Manfaat daun kari
Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan.
3. Daun belimbing
Selain daun kari, anda boleh juga menggunakan beberapa tangkai daun belimbing. Cara sama juga dengan daun kari, kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.
4. Guna cecair peluntur
Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak atau tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.
5. Pakai lilin
Ambildua2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan