"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gadis ancam terjun dari tingkat 12 (Gambar)

Kuala Lumpur – Wanita warga Vietnam yang mengancam terjun dari tingkat 12 apartmen di Desa Aman Putri, Kepong, berjaya diselamatkan selepas dipujuk seorang pegawai bomba, hari ini.

Dalam kejadian 7.40 pagi itu, wanita berusia 21 tahun berkenaan dilihat orang ramai duduk di atas tebing luar bangunan.

Difahamkan, wanita itu bertindak demikian akibat tertekan dibelenggu hutang.

Sembilan anggota dari Balai dan Penyelamat Bomba (BBP) Sungai Buloh diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamed Sabri A Shamsudeen membantu menyelamatkan wanita itu.

Menurut Mohamed Sabri, dia memujuk mangsa selama masa 15 minit sebelum wanita itu menghulurkan tangan dan membatalkan niatnya untuk terjun.

“Dengan dibantu dua anggota, saya berjaya menarik wanita itu masuk ke dalam rumah seterusnya mententeramkannya sebelum dia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
-hmetro

Tiada ulasan: