"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Berlagak macam keldai dan anjing gila' Haji Hadi tujukan kepada YB dari Pakatan Harapan dan Bersatu?

Jangan berlagak keldai dan anjing gila, kata Hadi
MALAYSIA DATELINE
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta semua ahlinya khususnya Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya.

"Kepada semua ahli PAS termasuk para pemimpin khususnya yang menjadi Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya," kata Abdul Hadi dalam tulisannya di Harakahdaily, lidah rasmi Pas.

Abdul Hadi dipercayai merujuk kenyataannya kepada tindakan sebahagian besar pembangkang yang bergaduh dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat ketika beliau membentangkan Bajet 2017 Jumaat lalu.

Dalam peristiwa itu, hampir kesemua pembangkang keluar dari dewan selepas itu namun ahli parlimen Pas kekal.

"Kewajipan kami ialah mengajak seluruh manusia dalam masyarakat majmuk supaya melakukan perubahan kepada Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua," katanya.

Kini, katanya, PAS masih menjadi pembangkang dan tidak berhasrat menyertai BN kerana perbezaan dasar dan pendekatan serta masih banyak perkara yang tidak memuaskan.

"PAS menjadi pembangkang yang istiqamah dengan dasar Islam, konsep dan pendekatannya," kata ahli parlimen Marang itu.

Tiada ulasan: