"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Padah menunggu jika penceramah agama lawan Pas - Amaran dari pemimpin PAS

Seorang pemimpin Pas Terengganu menarik perhatian pengguna media sosial apabila 'garang' memberi amaran kepada penceramah agama supaya tidak menyatakan penentangan terbuka terhadap parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas negeri, Dr Azman Ibrahim mendakwa sebahagian besar peserta majlis agama adalah ‘orang Pas’ atau mereka yang bersimpati dengan parti itu.

“Adalah satu kerugian bagi mana-mana penceramah, pengkuliah, Ustaz, Dr, Syeikh dan yang sewaktu dengannya andai mereka mengambil sikap menzahirkan penentangan secara terbuka terhadap apa yang diperjuangkan oleh gerakan Islam seperti Pas.

“Hakikat yang perlu diakui, majoriti hadirin yang menjadi pengunjung setia majlis-majlis ilmu agama adalah orang Pas sama ada ahli, penyokong atau mereka yang bersimpati secara senyap,” ujar bekas calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi itu seperti dipetik di status Facebook miliknya semalam.

Mendakwa ahli Pas tidak peduli sama ada penceramah terbabit bukan pemimpin Pas sekalipun, Dr Azman menegaskan bilangan audiens dalam sesi kuliah seterusnya juga akan terjejas jika mengkritik parti itu secara terus-terang.

“Tapi tolong jangan zahirkan secara terbuka dengan lidah kamu bahawa kamu menentang arus perjuangan Islam yang diperjuangkan Pas.

“Akibatnya? Bukan orang Pas akan bangun tumbuk atau tempeleng kamu. Cukup kamu boleh tengok pada kuliah yang akan datang, berapa orang yang masih hadir,” tegas doktor gigi itu lagi.
Status Facebook Dr Azman Ibrahim menyentuh penceramah agama anti Pas
-malaysiadateline

Tiada ulasan: