"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Janet Jackson muncul di khalayak berpakaian wanita Islam (Gambar)

UNITED KINGDOM: Buat pertama kalinya penyanyi terkenal dunia, Janet Jackson muncul di khalayak awam sejak mengumumkan kehamilannya dengan berpakaian wanita Islam yang dilaporkan Mirror UK.

Janet dilihat berjalan sambil berpegangan tangan bersama suaminya, jutawan Qartar, Wissam Al Manna, 41, yang dikahwininya pada 2012.

Dilaporkan Janet memeluk Islam pada 2015, beberapa tahun selepas berkahwin dengan Wissam.

Anak bongsu daripada keluarga Jackson ini menjadi ikon muzik pop dan simbol seks selama beberapa dekad dengan album terjual lebih 160 juta serta memenangi 5 Anugerah Grammys.

Penyanyi berusia 50 tahun itu kelihatan tenang dan gembira ketika membeli-belah di London awal minggu ini.

Pasangan itu dilihat memasuki butik mewah pakaian kanak-kanak sebelum berhenti untuk makan tengah hari di sebuah restoran makanan kesihatan.

Beliau pernah berkahwin sebanyak 2 kali sebelum bertemu Wissam.

Spekulasi bintang itu sedang mengandung anak pertama tersebar pada April tahun ini, apabila beliau menangguhkan persembahannya yang akan datang.

Beliau memberitahu peminat: “Saya dan suami sedang merancang keluarga
kami.”

Namun bintang popular ini enggan mengesahkan berita gembiran itu sehingga Oktober.

Muncul di majalah People dengan perut yang kelihatan jelas sedang hamil, beliau berkata, “Kami bersyukur kepada Tuhan kerana diberkati.”
-tranungkite

Tiada ulasan: