Prai – Seorang kelindan lori berusia 35 tahun, mati selepas terjun dari lori dinaiki dalam keadaan lehernya diikat dengan tali pada pemegang tangan pintu kenderaan itu, hari ini.
Sebelum kejadian 3.30 petang itu, lelaki itu dikatakan bergurau dengan rakannya dia ingin mati namun tidak diendahkan pemandu lori berusia 58 tahun.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, lelaki berkenaan dan rakannya dalam perjalanan dari Bayan Lepas untuk menghantar barang kepada pelanggan.
Beliau berkata, setiba di Prai, lelaki yang pernah dirawat di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak, memberitahu rakannya dia mahu membunuh diri.
“Rakannya menganggap ia gurauan dan terkejut apabila namun lelaki itu mengikat lehernya dengan tali yang digunakan untuk mengikat barang pada pemegang tangan pintu lori.
“Lelaki itu kemudian membuka pintu sebelum terjun dari lori menyebabkan lehernya dijerut tali berkenaan,” katanya.
Nik Ros Azhan berkata, lelaki yang beralamat di Batu Kurau, Perak, itu baru tiga hari bekerja dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan