"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lambang Pas jadi pengesat kaki? (Gambar)

ARIF ATAN
Alas kaki lambang Pas dikatakan dijual di sebuah pasar raya di Sabah
Alas kaki lambang Pas dikatakan dijual di sebuah pasar raya di Sabah

Kecoh di media sosial apabila imej pengesat kaki berlogokan bendera Pas dikatakan dijual di sebuah pasar raya di Sabah.

Ini termasuklah pesuruhjaya Pas Terengganu Ustaz Saiful Bahri Mamat yang mendesak pasar raya berkenaan memberi penjelasan.

"Harap pasar raya Giant beri penjelasan sebelum orang ramai merasa keluh-kesah dengannya. Ditemui dijual di Giant. Tawau. Buat pengesat kaki?" soalnya dipetik dari status Facebook beliau.
Seorang pemuda menunjukkan alas kaki menyerupai bendera Pas yang ditemui di sebuah pasar raya di Sabah
Seorang pemuda menunjukkan alas kaki menyerupai bendera Pas yang ditemui di sebuah pasar raya di SabahSumber memberitahu Malaysia Dateline salah seorang yang memegang pengesat kaki berlogokan Pas itu adalah rakannya di Tawau, Sabah.

Terdapat pula pihak yang memberitahu pembekal pengesat kaki Pas itu beralamat di Selangor.

Walau bagaimanapun, sebahagian netizen menyifatkan penemuan berkenaan bukan satu masalah besar seperti dapat dilihat pada ruangan komentar status Facebook Ustaz Saiful itu.

"Masuk nerakakah? Berdosa besarkah?" soal Nazaruddin Redzuan manakala Alan Dani pula menulis, "Biarlah. Bukan berdosa pun. Kalau boleh buatlah untuk lap najis sekali."

Sementara itu, Mohamad Fakhruddin menganggap tidak berdosa kerana tidak menghina Islam.

"Bukan hina Islam. Bendera je pun. Lainlah ada kalimah Allah ke kat situ," ujarnya.

Tidak kurang juga netizen yang bercadang untuk mendapatkan pengesat kaki berlogokan bendera Pas itu.

"Tolong postage ke Semenanjung. Nak satu. Khas nak letak kat tandas. Please," kata Abd Mutalib.

Lain pula reaksi penyokong Pas yang menganggap perlu wujud rasa hormat walaupun pengesat kaki itu tidak tertera ayat suci Al-Quran.

"Dari segi hukum agama memang tak salah. Tiada ayat suci Al-Quran di situ tapi kena pandang dari sudut kesopanan dan keharmonian.

"Sopan ke lambang sesebuah parti dijadikan alas kaki?" soal Wan Azhan Wan Ali.

Tiada ulasan: