"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Tiket ECRL KL - Kota Bharu bernilai RM520 seorang?

BORHAN AHMAD
Kiraan mudah ECRL akan mengenakan tiket RM540 seorang sehala jika beroperasi tanpa sabsidi dari kerajaan.
Kiraan mudah ECRL akan mengenakan tiket RM540 seorang sehala jika beroperasi tanpa sabsidi dari kerajaan.
Berapakah anggaran tiket keretapi laju antara Kuala Lumpur ke Kota Bharu apabila projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) siap nanti kini menjadi perhatian pelbagai pihak.

Ada yang mengganggarkan tiketnya adalah RM520 seorang berdasarkan jumlah belanja ang dikeluarkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak sekarang untuk membuat projek ini.
Rohana membuat kiraan mudah untuk menjangka kadar tiket ECRL apabila beroperasi nanti.
Rohana membuat kiraan mudah untuk menjangka kadar tiket ECRL apabila beroperasi nanti.
Seorang bekas jurutera dengan Intitut Kerjaraya Malaysia (Ikram), Rohana Hana dalam facebooknya telah membuat kiraan mudah tentang jangkaan tiket ECRL itu nanti.

"Kalau cenggini nampaknya naik kapalterbang murah lagi," kata beliau dalam posting itu.

Beliau mengajak orang ramai belajar metamatik mudah dalam mengira anggaran harga tiket ECRL itu nanti.

"Mari belajar maths. Mari kita buat kira-kira projek keretapi double track ke pantai timur," tulisnya.

"Pinjaman: RM55 bilon tempoh: 20 tahun. RM55b / 20 tahun / 365 hari = RM7.5 juta

"Maknanya sehari kena bayar balik pinjaman itu RM7.5 juta. Jadi kerajaan Malaysia kena buat jualan lepas keretapi tu berjalan sekurang-kurangnya RM7.5 juta sehari untuk bayar balik pinjaman pokok tu.

"Ini tak masuk lagi faedah, kos operasi, servis, maintenence dan sebagainya," kata beliau.

"Kita anggarlah sehari tiga trip, KL-KB & tiga trip KB - KL.

"Jadi satu trip memerlukan jualan RM7.5 juta/ 6 trip = RM1.25juta.

"Maka berapakah harga tiket perlu dijual untuk mencapai target tu?

"Kita ambillah harga tiket RM100/penumpang. Jadi berapa ramai penumpang yang diperlukan satu trip?

"RM1.25j/RM100 = 12,500 orang. Kalau 1 coach = 80 orang. 1 trip perlukan 12,500 / 80 = 156 coach.

"Agak sukar lokomotif nak tarik 156 coach? Paling banyak 30 coach/trip.

"Jadi harga tiket perlu dinaikkan ke RM520/penumpang," tulis Rohana dalam posting itu

Oleh itu beliau membuat kesimpulan,"Berapa ramai yang mampu? Lebih baik naik Air Asia, lagi murah.."

Beliau menimbulkan persoalan, "Adakah kita akan mampu capai target sales tu dan harga tiket dan mampu bayar pinjaman tu?

"Fikir-fikirkanlah......" kata bekas jurutera yang juga ketua bahagian kajian air Ikram itu.

Anak syarikat kerajaan Rail Link Sdn Bhd telah menandangani projek bernilai RM46 bilion dengan Kerajaan

Syarikat yang mewakili Kerajaan Malaysia Rail Link Sdn Bhd telah menandatangani kontrak bernilai RM46 bilion dengan syarikat dari China, China Communication Construction Company Ltd (CCCC) bagi membina ECRL itu.

Ia ditandatangani ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat negara itu.

Syarikat yang bermodalkan RM2 itu ditubuhkan pada 26 September 2016 dengan sahamnya di dipegang oleh Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail.

Semasa membentangkan Bajet 2017, Najib telah mengumumkan projek ECRL dengan nilai RM55 bilion.
-malaysiadateline

Tiada ulasan: