"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita dicabul ‘ustaz’

KUALA TERENGGANU- Seorang wanita mendakwa dicabul oleh seorang ‘ustaz’ ketika sedang mendapatkan rawatan, kononnya untuk mengeluarkan segala gangguan makhluk halus yang ada dalam badannya, dalam satu kejadian di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, 37, ketika itu berada di kedai miliknya bersendirian.

Dia kemudiannya didatangi ‘ustaz’ berusia 59 tahun itu, yang memaklumkan hendak memandikan wanita itu menggunakan daun bidara antara susulan rawatan yang pernah dibuat sebelum ini.

Menurut sumber, melihatkan mangsa ketika itu sedang mengenakan telekung solat, suspek mengajaknya menunaikan solat asar secara berjemaah terlebih dahulu, sebelum meneruskan prosedur perubatan.

“Tanpa berfikir panjang, mangsa bersetuju, sebelum mereka bersama-sama berjemaah. Kemudian suspek terus ke belakang kedai menyediakan air mandian yang perlu dicampur dengan daun bidara dibawa.

“Setelah itu, mangsa yang ketika itu sudah berkain batik diarahkan berbaring di hadapannya, konon untuk diperiksa di bahagian perut sebelum bertindak cabul wanita itu,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang tidak berpuas hati dengan perbuatan ‘ustaz’ terbabit bertindak melawan.

“Mangsa bertanyakan kepada ‘ustaz’ itu, perlu ke dia diperlakukan sedemikian rupa tetapi lelaki tersebut hanya mendiamkan diri, sebelum mengambil keputusan beredar dari lokasi.

“Namun, sebelum meninggalkan mangsa, lelaki itu masih sempat berpesan agar tidak perlu membuat sebarang pembayaran kerana niatnya ikhlas untuk mengubati mangsa sehingga sembuh,” katanya.

Bagaimanapun, sumber berkata, sejurus ‘ustaz’ itu beredar, mangsa membuat laporan polis di balai polis berhampiran kerana tidak berpuas hati terhadap perbuatan berkenaan, selain bimbang akan keselamatan dirinya pada masa akan datang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Jelasnya, suspek ditahan di Marang dan siasatan masih dijalankan.
-sinarharian

Tiada ulasan: