"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Doktor dedah lelaki zakar terpanjang tipu (Gambar)


Roberto Esquivel Cabrera mendakwa mempunyai zakar terpanjang di dunia.

Lelaki berusia 55 tahun itu juga telah mendaftarkan dirinya sebagai orang kelainan upaya (OKU) apabila mendakwa kemaluannya yang berukuran 18.9 inci itu menyukarkannya untuk bekerja.

Namun seorang doktor terkemuka kini mendakwa Cabrera yang berasal dari Mexico itu menipu selepas beliau menjalani pemeriksaan terhadap lelaki itu.

Pakar Radiolog, Dr Jesus Pablo Gil Muro menjalani imbasan CT, tetapi Cabrera enggan mengeluarkan pembalut yang dipakai pada zakarnya atau menunjukkan mana-mana kulit di bahagian itu kepada doktor

Dr Muro memberitahu Metro: “Menerusi imbasan CT, terdapat kulit yang sangat besar sehingga ke bawah lutut.

“Tetapi kemaluan itu tidak menyamai panjang kulit berkenaan,” katanya.

Malah pemegang rekod di tangga kedua, Jonah Falcon turut menyangkal dakwaan Cabrera.

Bagaimanapun Cabrera kekal dengan dakwaan berkenaan.

Dia turut mendakwa tidak bekerja kerana keadaan tersebut menyukarkannya untuk melutut atau memakai pakaian seragam. – Mirror
-kualalumpurpost 

Tiada ulasan: