"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jabatan Penjara halang Mahathir jumpa Anwar di hospital

MALAYSIA DATELINE
Hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melawat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak kesampaian selepas dimaklumkan Jabatan Penjara Malaysia tidak membenarkan beliau bertemu Anwar atas arahan pihak atasan di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Tidak ada sebab…mereka kata mereka dapat arahan daripada seseorang yang tinggi yang saya tak dibenarkan untuk berjumpa Anwar

“Perkara macam ini tak pernah berlaku di zaman sewaktu saya adalah seorang diktator. Tak pernah saya larang sesiapa pun untuk berjumpa tapi kerajaan yang digelar demokratik ini nak pergi tengok orang sakit pun tak boleh,” katanya kepada media di ruang legar Hospital Rehabilitasi Cheras petang tadi.

Beliau berhasrat bertemu Anwar hanya untuk mengucapkan terima kasih secara peribadi kerana Anwar telah memudahkan rundingan calon perdana menteri bagi Pakatan Harapan (PH) sebagaimana diumumkan dalam Muafakat Pakatan Harapan pada Konvensyen PH pada Ahad lalu.

Beliau digandingkan dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Timbalan Perdana Menteri sekiranya gabungan parti dalam PH itu berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Ditanya sama ada beliau akan membuat rayuan kepada KDN, Pengerusi PH ini tidak percaya kerajaan akan menjawab suratnya.

“Dalam kerajaan sekarang ni bila kita tulis surat, dia tak jawab. Kita buat permohonan untuk daftar PH tak jawab. Bila kita hantar peringatan tak jawab,” katanya.

“Tak ada maklum balas jadi kami pun tak tahu sama ada mereka mahu membenarkan atau tidak. Kita boleh cuba dan mencuba, saya boleh hantar ratusan permohonan atau tengok Deklarasi Rakyat tapi ia tidak akan jadi,” katanya.

Tiada ulasan: